Booking Homestay

Tetamu tempah sendiri. Anda tidur lena.

Satu pautan untuk homestay anda: tetamu pilih tarikh, nampak harga penuh, bayar deposit dan muat naik resit. Tarikh terus ditutup dalam kalendar anda.

  • Tiada komisen setiap tempahan
  • Duit terus ke akaun anda
  • Tetamu tak perlu daftar akaun

Biasa jadi pada tuan rumah

Tempahan homestay hilang dalam WhatsApp.

"Ada kosong tak hujung minggu ni?"

Soalan yang sama, sepuluh kali sehari. Dengan halaman tempahan sendiri, tetamu semak tarikh dan harga tanpa menunggu anda balas.

"Alamak, tarikh tu dah ada orang."

Kalendar dalam kepala memang akan tersilap. Di sini, malam yang sudah ditempah tak boleh ditempah lagi — sistem sendiri yang menolaknya.

"Dah transfer ke belum, ya?"

Tetamu muat naik resit terus pada tempahannya. Anda tengok, tekan Sahkan Bayaran, dan emel pengesahan keluar sendiri.

Cara ia berfungsi

Satu pautan. Tetamu buat sendiri.

Halaman tempahan anda dibuka tanpa akaun dan tanpa app. Hantar pautannya di WhatsApp, Instagram atau Facebook — tetamu pilih tarikh, bayar, dan tempahan masuk terus ke skrin anda.

  1. 1

    Tetamu pilih tarikh

    Kalendar tunjuk harga setiap malam. Tetamu tekan tarikh masuk dan keluar, dan jawapan terus keluar: "Tersedia! 2 malam" dengan jumlahnya, atau sebab kenapa tidak (contohnya minimum 2 malam hujung minggu).

  2. 2

    Harga penuh sebelum tempah

    Setiap caj dipecahkan: penginapan, tetamu tambahan, daftar masuk awal atau keluar lewat, dan tambahan yang dipilih. Di bawahnya, jelas mana yang dibayar sekarang dan mana yang dibayar kemudian.

  3. 3

    Tetamu pilih bayar berapa, dan muat naik resit

    Deposit, bayar penuh, atau amaun sendiri dalam had yang anda tetapkan. Nombor akaun boleh disalin satu tekan, QR DuitNow boleh disimpan ke galeri, dan resit dimuat naik terus di situ.

Halaman tetamu anda

Nampak macam platform besar. Tapi ia milik anda.

Tetamu yang biasa menempah di aplikasi antarabangsa akan rasa halaman anda setaraf — tanpa senarai homestay orang lain di sebelahnya, dan tanpa komisen dipotong.

  • Gambar utama besar dengan nama, lokasi dan harga bermula — diikuti ribbon galeri yang bergerak sendiri (sehingga 20 gambar), boleh diseret dan dibuka skrin penuh.
  • Baris fakta ringkas: bilangan bilik, bilik air, tetamu maksimum, dan jenis katil (Queen, King, Single, Toto).
  • Kemudahan dipapar gaya senarai pendek dengan butang "Lihat semua", termasuk bahagian "Tidak tersedia" supaya tetamu tak salah jangka.
  • Peta Google terus pada halaman, dengan butang Google Maps dan Waze.
  • Bar melekat di bawah skrin sentiasa menunjukkan harga dan butang tempah, macam aplikasi tempahan yang tetamu sudah biasa.
  • Butang BM | ENG untuk tetamu tukar bahasa sendiri.
  • Kad "Hubungi Kami" dengan butang WhatsApp, untuk tetamu yang nak tanya dahulu.
  • Anda boleh susun blok halaman sendiri — kad tempahan, pakej, penerangan, kemudahan, lokasi dan peraturan — dan simpan dua susunan anda sendiri.

Kalendar & harga

Satu kalendar. Tiada lagi dua tetamu satu malam.

Setiap tempahan terus menutup malamnya, dan malam yang sudah ditempah tidak boleh ditempah lagi. Sekat tarikh untuk kegunaan sendiri, dan letak harga khas bila permintaan tinggi.

  • Harga ikut hari: hari biasa, hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum mengikut negeri anda — dan kalendar beritahu kalau anda letak harga cuti untuk tahun yang tiada tarikhnya lagi.
  • Tekan tarikh mula dan tarikh akhir terus pada kalendar untuk menyekat atau meletak harga khas, lengkap dengan minimum malam untuk tarikh itu.
  • Hari pertukaran (seorang keluar, seorang masuk pada hari sama) ditanda jelas — dan tarikh itu masih boleh ditempah.
  • Kalendar Airbnb atau Booking.com dibaca masuk bila anda tekan "Segerak sekarang" (sehingga 8 pautan). Kalendar anda pula boleh dihantar keluar melalui pautan rahsia, tanpa nama, telefon atau harga tetamu.

Bayaran

Duit masuk terus ke akaun bank anda.

Luuqo tidak memegang duit anda dan tidak mengambil komisen setiap tempahan. Tetamu bayar secara pindahan bank atau imbas QR DuitNow anda, kemudian muat naik resit untuk anda semak.

  • Pilih cara bayar: penuh, deposit + baki sebelum daftar masuk, deposit + baki semasa daftar masuk, atau bayar semasa daftar masuk.
  • Tetamu boleh pilih bayar deposit, bayar penuh, atau amaun sendiri — tidak kurang daripada deposit yang anda tetapkan, dan tidak lebih daripada jumlah penginapan.
  • Bayaran masuk sikit-sikit? Rekod jumlah sebenar setiap kali. Baki dikira sendiri, dan angka negatif boleh membetulkan tersilap taip.
  • Deposit keselamatan diasingkan daripada sewa — merekod cagaran tidak akan mengurangkan baki sewa tetamu.
  • Anda boleh wajibkan resit sebelum tempahan dihantar, dan lepaskan tarikh sendiri selepas berapa jam yang anda tetapkan jika bayaran tak masuk.

Tetamu urus sendiri

Setiap tetamu dapat pautan tempahannya sendiri.

Tiada akaun, tiada kata laluan — satu pautan rahsia yang dihantar selepas tempahan. Di situ tetamu buat sendiri perkara yang selalu masuk ke telefon anda.

  • Muat turun PDF tempahan dan dokumen polisi anda, dan lihat semula resit yang dimuat naik.
  • Mohon ubah tarikh atau batal, ikut polisi anda — skrin terus tunjuk caj penukaran dan jumlah bayaran balik yang layak.
  • Muat naik atau ganti resit bayaran, dengan pengesahan sebelum resit lama diganti.
  • Isi akaun bank sendiri untuk pemulangan deposit keselamatan, jadi anda tak perlu bertanya di WhatsApp.
  • Hilang pautan? Tetamu boleh minta ia dihantar semula — hanya ke emel yang ada pada tempahan itu.

Dokumen & invois

Dokumen yang nampak seperti sebuah perniagaan.

Polisi, resit tempahan dan invois semuanya keluar dengan kepala surat anda sendiri — nama, nombor pendaftaran, alamat dan logo perniagaan.

  • Invois berkepala surat dengan awalan nombor anda sendiri, nota anda, ayat syarat bayaran, serta nama dan jawatan penandatangan.
  • Tandatangan boleh dilukis terus pada skrin atau dimuat naik — sekali sahaja, dan ia muncul pada setiap invois.
  • Polisi ditulis dalam browser: sembilan bahagian disediakan daripada tetapan anda sendiri, dan ia kekal selari bila anda ubah polisi pembatalan atau caj.
  • Setiap kali diterbitkan ia jadi versi baru; tempahan lama kekal merujuk versi yang tetamunya benar-benar baca.
  • Tab Terma & Syarat berasingan, bernombor sendiri (1, 1.1, 1.2) — dan tetamu mesti skrol hingga habis sebelum boleh tanda setuju.

Automasi & rekod

Kerja malam anda, dibuat sendiri.

Sebelas emel siap sedia untuk tetamu, dalam BM dan English, dan setiap satunya boleh anda ubah ayatnya atau matikan.

  • Emel keluar sendiri: tempahan diterima, tempahan disahkan, bayaran diterima, tempahan dikemas kini, dibatalkan, dan deposit dipulangkan.
  • Peringatan berjadual: baki bayaran sebelum tarikh masuk, peringatan daftar masuk, dan peringatan pagi daftar keluar — dan sistem menyimpan rekod supaya emel yang sama tidak dihantar dua kali.
  • Empat daripada emel itu membawa jadual harga penuh di dalamnya, sama seperti invois.
  • Setiap tempahan ada jejak sendiri: siapa buat apa dan bila, serta senarai emel yang dihantar, gagal atau dalam giliran.
  • Loceng notifikasi berbunyi bila tempahan baru masuk, tetamu muat naik resit, tukar tarikh atau batal — jadi anda tak perlu refresh skrin.
  • Papan pemuka membuka hari anda: tempahan bulan ini, pendapatan, berapa yang menunggu tindakan, kadar penuh, dan ketibaan hari ini.

Growth Lebih dari satu homestay

Tiga rumah, satu akaun.

Pelan Startup untuk satu homestay; Growth sehingga tiga. Satu bar di atas skrin menunjukkan rumah mana yang anda sedang uruskan, dan ia hilang bila anda ada satu rumah sahaja.

  • Setiap rumah ada gambar, harga, peraturan, kalendar dan akaun banknya sendiri.
  • Rumah baru bermula kosong dan tidak menyalin rumah sedia ada, supaya alamat atau nombor akaun yang salah tak tersiar.
  • Pautan awam anda menyenaraikan semua rumah yang dibuka, dan setiap rumah ada pautannya sendiri untuk dihantar di WhatsApp.
  • Tutup satu rumah dan ia hilang dari halaman awam — tempahan sedia ada tidak dibatalkan. Buka semula, sistem semak pelan anda dahulu.

Senarai penuh

Semua yang anda dapat, bukan versi ringkas.

Satu harga sebulan. Tiada ciri yang disimpan untuk "pelan enterprise", dan tiada komisen setiap tempahan.

Halaman tempahan

  • Pautan awam sendiri, tanpa akaun untuk tetamu
  • Gambar utama + galeri sehingga 20 gambar, skrin penuh
  • Kalendar harga setiap malam, dengan sebab bila tarikh tak boleh
  • Kemudahan, katil, peraturan rumah dan penerangan
  • Peta Google, butang Waze, dan kad WhatsApp
  • Dua bahasa (BM | ENG), tetamu boleh tukar sendiri
  • Susunan blok halaman ikut pilihan anda

Kalendar & harga

  • Harga asas, harga ikut hari, cuti sekolah dan cuti umum ikut negeri
  • Harga khas untuk tarikh tertentu, dengan minimum malamnya
  • Minimum malam berasingan ikut jenis tarikh, dan kekecualian satu malam
  • Maksimum malam, notis minimum, dan tempahan hari ini boleh dimatikan
  • Sekat tarikh untuk kegunaan sendiri atau penyelenggaraan
  • Hari pertukaran keluar-masuk ditanda dan masih boleh dijual
  • iCal keluar (rahsia) dan masuk (sehingga 8 pautan, tekan untuk segerak)

Bayaran

  • Butiran bank + QR DuitNow anda sendiri
  • Empat cara bayar: penuh, deposit + baki, atau bayar semasa daftar masuk
  • Deposit dalam ringgit atau peratus
  • Tetamu pilih bayar deposit, penuh, atau amaun sendiri
  • Resit dimuat naik tetamu, disahkan oleh anda
  • Bayaran sebahagian direkod berkali-kali, baki dikira sendiri
  • Deposit keselamatan berasingan, dengan rekod pemulangan

Dokumen

  • Invois berkepala surat, bernombor ikut awalan anda
  • Tandatangan dilukis atau dimuat naik
  • Dokumen polisi dengan sembilan bahagian sedia
  • Versi polisi disimpan selamanya
  • Resit tempahan PDF untuk tetamu
  • Terma & syarat bernombor, wajib dibaca sebelum tempah

Emel & pemberitahuan

  • 11 emel tetamu, dua bahasa, boleh diubah
  • Peringatan baki, daftar masuk dan daftar keluar
  • Jadual harga penuh di dalam emel
  • Emel untuk balasan (reply-to) anda sendiri
  • Loceng notifikasi dalam app untuk setiap tindakan tetamu
  • Log penghantaran: dihantar, gagal, atau dalam giliran

Laporan

  • Kadar penghunian, ADR dan RevPAR
  • Nilai tempahan, telah diterima, masih tertunggak
  • Pembatalan, purata lama menginap, purata tempah awal
  • Berapa banyak tempahan datang dari halaman anda sendiri
  • Jadual bulan demi bulan, bulan paling sibuk dan paling sunyi
  • Eksport CSV untuk laporan dan senarai tempahan

Keselamatan & rekod

  • Dua tempahan pada malam yang sama ditolak, bukan sekadar disembunyikan
  • Jejak setiap tempahan: siapa, bila, apa yang berubah
  • Setiap perubahan tetapan direkod, sebelum dan selepas
  • Staf boleh diberi akses lihat sahaja, tanpa kuasa batal atau refund
  • Dokumen tetamu dibuka melalui laluan berpagar, bukan pautan terbuka
  • Pautan iCal rahsia boleh dijana semula bila-bila masa

Pengurusan harian

  • Tujuh status tempahan, dari Permintaan hingga Selesai
  • Cari ikut nama, telefon atau emel; tapis ikut status
  • Tempahan walk-in boleh ditaip sendiri
  • Pecahan tetamu: dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi
  • Arkib tempahan lama tanpa melepaskan tarikhnya
  • Salin pautan tempahan tetamu untuk dihantar di WhatsApp

Semua di atas ada dalam kedua-dua pelan, kecuali tiga perkara: bilangan homestay (1 atau 3), bilangan pakej dan caj tambahan, serta jadual, teks berformat dan ruang tandatangan dalam dokumen polisi.

Harga

Satu harga sebulan. Tiada komisen setiap tempahan.

Startup

Pelan permulaan

RM 9.90 / bulan

Bayar setiap bulan, berhenti bila-bila masa.

  • Tempahan tanpa had
  • Sehingga 1 homestay
  • Sehingga 2 pakej
  • Sehingga 5 caj tambahan
  • Kalendar, iCal, laporan & emel automatik
  • Dokumen rasmi & ruang tandatangan
Mula guna hari ini

Growth

RM 19.90 / bulan

Bayar setiap bulan, berhenti bila-bila masa.

  • Tempahan tanpa had
  • Sehingga 3 homestay
  • Pakej tanpa had
  • Caj tambahan tanpa had
  • Kalendar, iCal, laporan & emel automatik
  • Dokumen rasmi & ruang tandatangan
Pilih pelan ini

Harga dalam Ringgit Malaysia (RM), dikemas kini pada 2026-09-22. Harga muktamad dipaparkan dalam app sebelum anda membayar.

Soalan

Yang tuan rumah selalu tanya.

Luuqo ambil komisen setiap tempahan?

Tidak. Anda bayar satu harga sebulan sahaja, dan duit tempahan masuk terus ke akaun bank anda sendiri. Luuqo tidak memegang duit tetamu anda.

Tetamu boleh bayar guna kad kredit atau FPX?

Belum. Tetamu bayar melalui pindahan bank atau imbas QR DuitNow anda, kemudian muat naik resit. Anda semak resit itu dan tekan Sahkan Bayaran. Cara ini bermakna tiada caj gateway, dan duit tak singgah di mana-mana sebelum sampai kepada anda.

Boleh sambung dengan Airbnb atau Booking.com?

Boleh, melalui iCal. Kalendar anda boleh dihantar keluar ke platform itu melalui pautan rahsia, dan kalendar mereka boleh dibaca masuk (sehingga 8 pautan) bila anda tekan "Segerak sekarang" — bukan automatik. Kalau ada tarikh bertindih, ia dipaparkan merah untuk anda uruskan, bukan diselesaikan sendiri.

Tetamu perlu daftar akaun?

Tidak. Halaman tempahan dibuka terus, dan selepas tempah tetamu dapat satu pautan rahsia untuk menguruskan tempahannya.

Kalau tetamu tiada emel?

Emel adalah pilihan. Tanpa emel, tetamu perlu simpan pautan tempahan itu sendiri, dan skrin akan menawarkan butang WhatsApp untuk hubungi anda kalau pautan hilang.

Saya ada lebih dari satu homestay?

Pelan Startup untuk satu homestay. Pelan Growth sehingga tiga, setiap satu dengan gambar, harga, kalendar dan akaun banknya sendiri.

Data tempahan saya selamat?

Data disimpan di pelayan awan yang selamat dan disulitkan. Hanya akaun anda yang boleh melihatnya, dan pautan tetamu hanya membuka tempahannya sendiri.

Boleh saya keluarkan invois untuk tetamu syarikat?

Boleh. Invois keluar dengan kepala surat perniagaan anda, nombor mengikut awalan yang anda tetapkan, nota anda sendiri, ayat syarat bayaran, serta nama dan jawatan penandatangan. Tandatangan boleh dilukis terus pada skrin atau dimuat naik sekali sahaja.

Staf saya boleh tolong uruskan tempahan?

Boleh. Staf boleh diberi akses lihat sahaja, atau akses penuh untuk uruskan tempahan. Yang lihat sahaja tidak boleh membatalkan, mengubah status, merekod bayaran atau memuat turun senarai tempahan. Setiap perubahan direkod, jadi anda sentiasa tahu siapa buat apa.

Buka halaman tempahan anda hari ini.

Buka akaun dalam beberapa minit, dan hantar pautannya kepada tetamu pertama.

Mula guna hari ini
Mula guna hari ini